merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar dan
tujuan al-Quran yang utama itu ialah:
(1) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah Ilah satu-satunya, yakni Tuhan yang
Maha Esa.
(2) Bahawasanya Allah s.w.t., adalah satu-satunya Rabbul alamin, yakni,
Pemilik dan Penguasa utama seluruh semesta dan segenap penghuninya.
Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan.
(3) Bahawasanya, tiada yang menjadi sekutu Allah, baik dalam Uluhiyah,
mahupun Rububiyah (Dalam Ketuhanan mahupun KekuasaanNya) itu.
(4) Bahawasanya, tidak ada Ilah (Tuhan) mahupun Rabb (Penguasa) selain
Dia (Allah s.w.t.).
Dengan demikian, maka sayugianyalah orang menerima Allah itu sebagai
satu-satunya Tuhan dan Penguasanya sekaligus. Yakni menolak dan menentang
ketuhanan mahupun kekuasaan pihak lain. Hendaknya ia selalu berpihak Allah
sebagai Tuhan. Dan tunduk serta patuh padaNya sebagai Rabb, Pemilik dan
Penguasa utamanya. Hendaknya ia menjunjung tiang agama Allah, iaitu normanorma
alamiah dan insaniah yang merupakan ketentuan-ketentuan Allah yang
sejak dahulu berlaku di alam ini, baik di bumi mahupun di udara atau langit. Di
dalam Kitab Suci al-Quran Allah berfirman:
download e-booknya disini
0 komentar:
Post a Comment